Samsung Galaxy Z Fold3 5G: Ulasan Terbaik di Malaysia!

Written by

in

,

Samsung Galaxy Z Fold3 5G

Inovasi terbaharu pada akhir tahun 2021 yang memecah kebuntuan rekabentuk telefon pintar yang seakan-akan sama cuma jenama yang berbeza, Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G adalah telefon terhebat yang perlu anda miliki. Dengan ciri-ciri yang hebat, unik dan dinamik, anda kelihatan menonjol apabila menggunakan telefon bimbit ini.

Penantian untuk mendapatkan telefon pintar yang lain dari yang lain akhirnya terjawab juga dengan jenama dari Korea Selatan ini menghasilkan rekabentuk yang menjadi fenomena dunia. Mari kita dapatkan informasi lanjut mengenai telefon pintar yang paling popular di dunia ini.

Harga dan Aksesori

Product Highlights

Apa Yang Menarik Galaxy Z Fold3 5G? Biasanya skrin kaca tidak boleh dilipat walaupun sekali lipat ia akan pecah berderai. Namun tidak pada telefon pintar ini yang boleh dilipat-lipat banyak kali.

Salah satu perkara utama yang kami paling suka mengenai telefon pintar Galaxy Z Fold3 ini adalah ia mempunyai 2 paparan skrin iaitu skrin utama dan skrin penutup (screen cover). Tidak ada dalam dunia yang menampilkan telefon pintar dengan 2 skrin dalam 1 telefon pintar! Ciri ini dikenali sebagai Flex Mode.

Paparan skrin utama juga boleh dilipat dan apabila anda membuka sahaja skrin utama, anda pasti terpukau dengan paparan skrin yang besar dan sangat jelas. Tidak ada syarikat gergasi telefon pintar buat masa ini yang boleh menghasilkan cermin skrin yang boleh dilipat!

Skrin utama Galaxy Z Fold3 inilah yang menjadi kegilaan setiap gamers untuk memilikinya kerana paparan skrin yang besar anda boleh menikmati pengalaman bermain video games dengan sepuas-puasnya. Ia bukan seperti sebuah tablet tapi kepuasan menonton video dan bermain video games adalah pengalaman terbaik yang anda perlu miliki dengan telefon bimbit Galaxy Z Fold3. Dapatkan dipasaran sekarang!

Pilih Warna Kegemaran Anda

Terdapat 3 warna pilihan Galaxy Z Fold3 iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver.

Semuanya di Poket Anda!

Anda boleh menikmati pengalaman menonton video, bermain video games, membaca suratkhabar on-line, melayari internet dan sebagainya dengan paparan skrin yang lebih besar. Dengan 7.6 inci Infinity Flex dengan nisbah 22.5:18 AMOLED Infinity Flex Display dengan tiada lubang kamera tengah (punch hole) seperti kelaziman telefon pintar Samsung yang lepas-lepas, anda pasti dapat pengalaman yang mengasyikkan (immersive experience).

Menggunakan Cip Pemproses Ternipis dan Tercanggih

Cip pemproses menggunakan processor 5nM adalah tercanggih yang dipasang pada Galaxy Z Fold3. Dengan memori 12GB Ram, inilah kelajuan yang anda inginkan untuk memiliki telefon bimbit baru.

Bunyi dan Paparan

Dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass Victus!

Memang gila kerana telefon pintar flagship premium dari Samsung ini dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass Victus yang memang tahan lasak. Corning Gorilla Glass Victus ini dipasang pada cover screen dan back cover. Mengikut ujian makmal, Corning Gorilla Glass Victus ini dapat bertahan jatuh (survice drops) sehingga 2M dan 4 kali lebih kalis calar berbanding aluminosilikat.

Skrin Paparan 120Hz

Bermain video games dan menonton video tidak lagi tersekat-sekat (lagging) kerana paparan skrin 120Hz yang terdapat pada Galaxy Z Fold3. Anda mesti sangat berpuashati dengan flagship premium keluaran Samsung ini.

Paparan Maklumat Tambahan Yang Menakjubkan

Skrin yang besar memberikan manfaat kepada anda kerana kepuasan melihat skrin extra space.

Buka Skrin Yang Luas Tanpa Gangguan

Daripada sebuah telefon pintar boleh menjadi seperti tablet adalah sesuatu yang sangat istimewa. Skrin utama Galaxy Z Fold3 5G dikenali sebagai Pure Flex diperbuat dari Samsung Ultra-Thin Glass dimana daya ketahanan boleh mencapai 80% dari skrin terdahulu. Buka luas-luas skrin anda untuk bermain video games atau menonton video atau lipatkan ia untuk disimpan dalam poket.

Dolby Atmos

Telefon pintar Galaxy Z Fold3 ini bukan sahaja terbaik dari segi paparan skrin, malahan ia mempunyai kualiti sistem bunyi yang gempak dengan adanya Dolby Atmos dan stereo speakers. Memang terbaik jika anda ingin mendapatkan kepuasan sebenar bermain video games dan menonton video Youtube dengan sistem bunyi yang padu.

Bermain Video Games untuk Menang

Dengan kelebihan Galaxy Z Fold3 iaitu skrin tambahan yang lebih besar dari skrin paparan telefon bimbit biasa, peluang untuk anda menang bermain video games adalah lebih tinggi kerana anda boleh membaca strategi pihak lawan dan merangka strategi untuk menewaskan musuh anda dengan lebih mudah kerana anda sahaja dapat melihat persekitaran video games yang skrin lebih luas yang tiada pada telefon pintar lain. 

Kelebihan

Ketahanan dan Material Keras

S Pen Yang Pertama Untuk Skrin Lipat

Ini adalah satu-satunya telefon bimbit pertama di dunia yang membolehkan anda menulis apa sahaja pada skrin lipat dengan menggunakan S Pen yang disediakan. Berbanding dengan model Galaxy Note yang lepas-lepas, Samsung telah meningkatkan ketepatan (precision) untuk menulis dengan sangat mudah.

Dengan skrin lipat yang ada pada Galaxy Z Fold3, anda boleh melakukan 2 tugas pada satu masa iaitu anda boleh membahagikan skrin kepada 2 bahagian (split screen) seperti menjawab telefon pada top half dan menulis atau melakar gambar pada bottom half skrin. Ini adalah ciri yang terbaik untuk meningkat produktiviti kerja anda!

Belajar Melukis di Dua Paparan Skrin Lipat

Dengan skrin yang dibahagi 2 dengan teknologi skrin lipat, anda boleh melihat gambar pada skrin lipat pertama dan membuat lakaran di skrin lipat kedua. Memang gempak Galaxy Z Fold3! Menggunakan Microsoft Office juga dapat bekerja dengan lancar (work seamless) dengan skrin yang boleh dibahagikan kepada 2. Inilah kelebihan yang ada pada Galaxy Z Fold3 yang perlu anda miliki.

Kamera

Dari dahulu hingga kini syarikat gergasi telekomunikasi Samsung akan menghasilkan kualiti kamera yang benar-benar cantik. Biasanya ada 2 kamera yang dipasang iaitu kamera hadapan untuk mengambil gambar selfie dan kamera belakang untuk mengambil gambar seperti seorang professional. Keunikan Galaxy Z Fold3 adalah mempunyai kamera hadapan, kamera belakang dan kamera under display.

  1. Kamera hadapan atau dikenali sebagai cover camera 10 Mega Pixels.
  2. Under display camera dengan 4 Mega Pixels.
  3. 3 kamera belakang iaitu 12MP untuk kamera telephoto, 12MP untuk Wide Angle Camera dan 12MP untuk Ultra-Wide Camera.

Secara kesimpulannya, terdapat 5 kamera Galaxy Z Fold3 keseluruhannya iaitu  1 kamera hadapan, 1 under camera dan 3 kamera belakang.

Director’s View: Merakam video menggunakan pelbagai sudut dan pelbagai kamera termasuk kamera belakang dan cover kamera.

Teknikal Data

Keputusan Kami

Samsung Galaxy Z Fold3 5G mengingatkan kami kepada telefon bimbit yang pernah menjadi popular 25 tahun yang lalu iaitu Nokia 9110i yang dikenali sebagai Nokia Communicator. Kedua-duanya boleh dilipat tetapi hanya Galaxy Z Fold3 yang boleh melipat paparan skrin.

Pada pendapat kami, jika anda seorang peminat permainan video menggunakan handphone atau suka menonton filem atau YouTube, sudah pasti ini adalah telefon pintar yang perlu anda miliki. Sebuah telefon bimbit bertaraf flagship premium terbaik 2021, Galaxy Z fold3 5G adalah pilihan terbaik. Jika anda mempunyai Note10+, anda masih boleh mendapat harga tinggi untuk tukar beli handphone dan ada perlu tambah sedikit sahaja untuk mendapatkan telefon bimbit yang sangat hebat ini.

Dengan rekabentuk yang ekslusif dan ternyata lain dari yang lain, syarikat gergasi telekomunikasi Samsung telah memberikan sesuatu yang segar dan baru dalam inovasi merekabentuk telefon pintar pada masa akan datang. Inilah telefon premium dan flagship tahun 2021 yang anda mesti memilikinya.

Samsung Galaxy Z Fold3 5G Review

More posts

error: Content is protected !!