Oppo Watch 46mm
Dengan paparan skrin yang besar dan menonjol membuatkan Oppo Watch 46mm adalah jam tangan yang mendapat sambutan hangat di pasaran ketika ini. Dengan tag line ‘keep up, keep in touch’, jam tangan ini datangkan dengan 2 warna pilihan iaitu hitam dan putih.
Soroton Produk
Pertama sekali, jam tangan pintar ini menggunakan Standalone LTE Connectivity dan mempunyai paparan skrin yang dikenali sebagai Flexible Dual-Curved Display dan menggunakan Wear OS by Google™.
Apakah itu Standalone LTE Connectivity?
Standalone LTE Connectivity adalah keadaan dimana anda sukar membawa telefon pintar anda, namun Watch 46mm masih boleh berhubung dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini kerana Watch 46mm mempunyai fungsi eSim dimana jam tangan pintar anda mempunyai number sendiri dan berkongsi dengan telefon pintar anda. Ini bermaksud anda boleh menjawab telefon tanpa telefon pintar disisi menggunakan Watch 46mm.
Harus diingat bahawa fungsi Standalone LTE Connectivity ini dapat dilakukan apabila jam tangan pintar Watch 46mm anda sudah melakukan ‘pairing’ dengan telefon Android anda.
Dual-Chip Endurance System
Dual-Chip Endurance System adalah satu teknologi bagi memastikan Watch 46mm beroperasi dengan lebih lama tanpa perlu mengecas selalu. Dengan cip berprestasi tinggi dari Qualcomm Snapdragon Wear 3100 dan Ambiq Micro dan Apollo 3 Wireless SoC dapat memaksimakan jangka hayat bateri sehingga 36 jam kepada 21 hari. Dengan 2 mod iaitu Smart Mod sehingga 36 jam dan Power Saver Mode, anda tidak perlu mengecas sehingga 21 hari.
Wear OS by Google
Watch 46mm menggunakan Wear OS by Google adalah fungsi yang menarik, mudah dan direka untuk memaksimakan masa anda supaya tiada masa terbuang apabila melayari apps dalam Google Play.
Terokai beratus-ratus apps dalam Google Play dan aktiviti seperti penstriman muzik, membalas mesej dan menyemak tajuk berita menjadi mudah. Dengan Wear OS by Google ini juga anda dapat membuat pembayaran menggunakan Google Pay menggunakan Google Assistant dan menggunakan Google Fit untuk mengesan senaman yang anda lakukan.
Secara ringkasnya, Watch 46mm ini dapat memuaturun beratus-ratus apps dalam Wear OS by Google untuk melaksanakan kerja-kerja seperti berikut: –
- Notifikasi mesej.
- Muzik atas talian.
- Mobile payment.
- Membuat pengurusan jadual.
- Quick reply.
- Memantau degupan jantung 24-jam.
- Menjejak senaman yang dilakukan.
- Cari telefon anda.
Memainkan Muzik
Anda boleh melakukan penstriman muzik atau memuaturun lagu kegemaran anda dengan Watch 46mm dan lagu boleh dimainkan pada bila-bila masa tanpa telefon pintar Android anda disisi. Gunakan headphone atau earphone untuk mendengar lagu kegemaran anda dari Watch 46mm!
Jom kita lihat spesikasi Watch 46mm seperti berikut: –
- Mempunyai smart mode sehingga 36 jam sangat tahan lama berbanding model 41mm.
- Power save mode boleh bertahan sehingga 21 hari.
- Mempunyai paparan Flexible Dual-Curved yang menampakkan paparan skrin lebih jelas dan besar.
- Mempunyai watch VOOC Flash Charging.
- Mempunyai fungsi workout dan health tracking.
- Boleh menyelam sehingga kedalaman 50-meter water resistance.
- Mempunyai fungsi ‘Outfit-Matching AI Watch Face’.
- Dual-Chip Endurance System.
Anda boleh bertanya kepada Google berkenaan keadaan cuaca terkini, calendar, terjemahan atau apa sahaja. Pada pendapat kami, jam tangan pintar ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita (unisex) kerana rekaan paparan skrin yang melengkung membuatkan anda senang melihat dan menggunakan jam tangan pintar ini.
Berkenan dengan jam tangan pintar di atas? Atau ada mahukan saiz yang kecil sedikit? Baiklah, mari kita tinjau-tinjau jam tangan pintar kedua yang kita ingin buat ulasan iaitu Watch 41mm yang sudah tentu cantik dan elegan.
Spesifikasi Teknikal
| Colors | Black/Glossy Gold |
| Dimension | 46×39×11.35mm (12.96mm including heart rate sensor) |
| Case Materials | Aluminum alloy |
| Strap Materials | |
| Strap Type | Fluororubber |
| Approx. Weight | About 40g (without straps) |
| Buttons | Home button, Multifunction button |
| Screen Type | AMOLED Flexible Dual-Curved Display |
| Screen Size | 1.91″ |
| Resolution | 402 x 476 |
| Bluetooth Version | BT4.2,BLE |
| Chip | Qualcomm® Snapdragon Wear™ 3100 & Ambiq Micro Apollo3 Wireless SoC |
| Supported Operating Systems | Wear OS by Google™ |
| Water Resistance Rating | 5ATM |
| Sensors | Tri-axial acceleration sensor/Gyroscope sensor/Geomagnetic sensor/Barometric sensor/Optical heartbeat sensor/Capacitance sensor/Ambient light sensor |
| Exercise Modes | Fitness Run/5-Min Workouts/Fat Burn Run/Outdoor Walk/Outdoor Cycling/Swimming |
| Health Monitoring Features | Heart rate monitoring/Sleep monitoring/Get Up Reminder/Guided breathing exercises |
| Battery Capacity | 430mAh (Typical value) /416mAh (Rated value) |
| Charging Method | Magnetic Charging |
| Maximum Use Time | · Theoretical battery life in Smart mode – Up to 30 hours · Theoretical battery life in Power Saver mode – Up to 21 days |
| FLASH CHARGING | Watch VOOC Flash Charging |
| In the Box | · Watch body (without strap)×1 · Fluororubber strap×1 · Charging base×1 · Quick Start Guide×1 · Safety Guide×1 |
FAQ – Frequently Asked Questions
Apakah 3 jam tangan Oppo terbaik tahun 2022 yang boleh anda beli?
3 jenis jam tangan Oppo terbaik 2022 yang anda mesti beli adalah Oppo Watch 46mm, Oppo Watch 41mm dan Oppo Band. Mempunyai banyak fungsi menarik sesuai untuk anda.
Ketiga-tiga jam tangan pintar ini mempunyai kelebihan masing-masing dengan harga yang berbeza-beza. Mari kita dapatkan informasi lanjut mengenai setiap satu jam tangan pintar terbaik dari Oppo dari segi teknologi, teknikal, saiz, keupayaan program dan lain-lain.
Keputusan Kami
Setelah meneliti spesifikasi dan jangkahayat bateri yang tahan lama, kami membuat keputusan bahawa Oppo Watch 46mm ini adalah seutas jam tangan pintar yang perlu ada sentiasa di lengan anda kerana ia sangat sesuai bagi lelaki yang mementingkan kecergasan dan nampak moden. Anda boleh memiliki Watch 46mm dengan harga yang kompetitif iaitu RM1,199.
